>> NOVEL2 INI MASIH DALAM KEADAAN BAIK DAN BARU <<
>> MASIH DALAM BUNGKUSAN <<
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA SEBAGAI KOLEKSI DAN BAHAN BACAAN SILALAH DAPATKAN DARIPADA SAYA
... EMAIL/ADD YM ...
sofie2_za@yahoo.com
... TELEFON/SMS ...
017-3113 226
*********************************************************************************
NOVEL CESB
KIRANYA KAU BERBOHONG
- MAIZURA MOHD. EDERIS -
Sukarnya memenuhi impian lalu... kerana cinta bukanlah sandiwara yang boleh dirancangkan perjalanannya. Juga bukan semudah ungkapan senafas... Jodoh kita tiada... seperti angsa kristal pemberianmu yang hilang pasangannya. Begitulah aku... yang menanggung peritnya tatkala kehilanganmu...
Harga Sebenar:-
RM15.90
Tolak %
(RM8.00) sahaja!
-------------------------------------------------------------
SECEBIS IMPIAN
- MUHD. NASRUDDIN DASUKI -
Meletakkan tembok keegoan di antara ruang-ruang kebenaran... membiarkan satu, satu titik persamaan menjauh, melontar angan di lembah kepedihan. Bertanya-tanya pada diri, semampu mana menjulang kebenaran di pusuan insan-insan kebendaan. Atau terus membiarkan segala permasalahan menjerut diri... kerana hari ini kebenaran tidak lagi memihak kepada kejayaan dan kekejaman, satu, satu dibiarkan menguasai perasaan. Dan esok yang menjelang, masih adakah manusia-manusia gagah memperjuangkan prinsip atau segala-galanya hanya laungan kosong sang pejuang...
Harga Sebenar
RM17.90
Tolak %
(RM9.00) sahaja!
-------------------------------------------------------------------
BIARKAN BUNGA ITU LAYU
- YUSRUL EMIZA YUSOF -
Keegoan ini menyusahkan kita sebenarnya... Menyebabkan kau dan aku terkongkong dalam kepompong yang kita cipta sendiri. Kedegilanmu menjadikan aku sedar, payahnya merealisasikan sebuah impian. Dan kerana kepayahan itu jualah kau bagai helang bebas di angkasa. Hanya akan sesekali hinggap di dahan bila sayapmu lelah mengepak. Lantas... aku tidak pernah jemu menunggumu yang sesekali itu...
Harga Sebenar:-
RM15.90
Tolak %
(RM8.00) sahaja!
------------------------------------------------------------------
KOMPILASI SEKUNTUM BUNGA SENA
- ABD TALIB HASSAN -
Hati mana yang tidak retak, jiwa mana yang tidak lebur, dahan tempat bergantung patah, ruang tempat berteduh pecah dan kini dia tiba-tiba nanar menjadi sang pemburu pada sebuah kebahagiaan hakiki.
Harga Sebenar
RM24.90
Tolak %
(RM12.50) sahaja!
-----------------------------------------------------------------------------
SEMPADAN TANPA SERI
- JOHN NORAFIZAN -
Hidup tidak semudah yang dijangkakan. Dia tidak pernah menceritakan kepada dunia tentang pedih lukanya hidup pada zaman kanak-kanak. Tentang nostalgia silamnya yang berdarah. Tentang harga sebuah kebencian yang akhirnya menjadikan dia seorang pelarian. Betapa dia bahagia di sini... Putih salji telah menyaksikan tingginya nilai persahabatan, keikhlasan yang muncul di celah-celah kuntuman tulip segar. Dia bahagia tatkala melihat guguran daun yang memenuhi jalanan kerana pabila musim panas muncul, segala-galanya kembali nyata. Cintanya jua berputik di sini... mekar bersama musim yang silih berganti... Lantas dia alpa pada duri-duri yang menanti, pada duka dan sengsara yang cuba dihindari... pada petaka yang menjadikan dia hilang hakikat diri...
Harga Sebenar
RM20.90
Tolak %
(RM10.50) sahaja!
-------------------------------------------------------------------------
<<>>
TANAH ADRIYANA
- NOOR SURAYA -
Apa guna pasir setambun, kalau tidak setinggi duduk.
Apa guna kasih setahun, kalau tidak seumur hidup...
Yana,
Apa khabar nasi di daun, nasi di talam bagai nak basi.
Apa khabar tinggal setahun, tinggal semalam bagai nak mati.
Ku Fitri...
Harga Sebenar
RM17.90
Tolak %
(RM9.00) sahaja!
<<>>
--------------------------------------------------------------
<<>>
SINAR KASIHMU
- MOHD HIZAM HJ ALI -
Tidak ada salahnya membina cinta baru di atas tapak runtuhnya cinta lama. Bersama harapan yang bukan sedikit, dia membina angan sendiri. Dia ingin berhati waja. Namun ada ketikanya dia lelah menjadi dirinya. Persoalan demi persoalan hanya mampu disimpan. Mengutarakan bimbang persoalan membuahkan persoalan.

JALUR-JALUR JINGGA
- SABARIAH ARAUR -
Tatkala dia sedang lena diulit bahagia, dugaan datang bertimpa-timpa. Dalam kegelapan malam, dia teraba-raba mencari arah pulang. Siapa yang harus dipersalahkan? Tewaskah dia dalam menentukan arah jalannya? Alpakah dia dalam menilai erti sebuah ikatan! Betapa dalam kehidupan ini banyak perkara yang tak terduga...
Harga Sebenar
RM25.90
Tolak %
(RM13.00) sahaja!
-----------------------------------------------------------------
LAMBAIAN HUDA
- MOHD NAZMI YAAKUB -
Dia sedar dirinya telah jauh hanyut dibawa arus kehidupan duniawi. Untuk berenang pulang, ittijahnya sering kesasar. Namun hatinyatelah istiqomah. Walau apa pun halangannya, dia ingin mati di dalam iman. Namun masihkah ada ruang untuknya pulang ke pangkal jalan? atau terus membiarkan dirinya hanyut dibawa gelombang duniawi! Dan masa berilah simpati...
Harga Sebenar
RM20.90
Tolak %
(RM10.50) sahaja!
---------------------------------------------------------------
MERENTAS KASIH
- SITI ROHAYAH ATAN -
Impiannya tidak kesampaian hingga dibiarkan diri hanyut tanpa pedoman. Apabila ditemui sinar penggilap luka hati, Intan kehilangan satu persatu hingga yang tertinggal hanya serpihan kasih, untuk merentas arus dunia.
Harga sebenar
RM17.90
Tolak %
(RM9.00) sahaja!
------------------------------------------------------------------------
CEBISAN MEMORI
- AZURA ABDULLAH -
Dulu : Siti Aisyah dan Azman, lambang kasih Mumtaz dan Shah Jehan. Terpisah kerana darjat yang berbeza. Terpaksa mengharungi hidup dalam dunia mereka tersendiri.
Kini : Tija dan Azhan, lambang cinta Laila dan majnun. Merekalah benih cinta yang pernah bersemi. Menjadi penyambung kasih dua zaman.
Harga Sebenar
RM12.90
Tolak %
(RM6.50) sahaja!
-----------------------------------------------------------------------
CINTA ABADI
- NASIROH ABDUL RAHMAN -
Cinta pertamanya hilang bersama mimpi semalam, menjadi satu epilog yang berterbangan. Namun kehadiran cinta kedua mengasyikkan, mengisi telaga hati yang keresahan. Lalu menjadi syurga sebuah cinta abadi.
Harga Sebenar
RM 14.90
Tolak %
(RM7.50) sahaja!
--------------------------------------------------------------------------------
INANG SARI
-SABARIAH ARAUR-
Inang Sari terperangkap dalam kemelut noda dan dosa akibat dendamnya terhadap lelaki yang meragut kesuciannya dengan penuh rakus. Dia hidup sebagai sampai sosial yang dipenuhi nafsu serakah dan dilimpahi kemewahan. Namun keinsafan mulai mengetuk pintu hatinya sejurus dia menyedari dirinya menjadi bahan santapan nafsu buas dua lelaki yang berkaitan darah. Dia mulai bertaubat tetapi segalanya sudah terlewat.
Harga Sebenar
RM22.90
Tolak %
(RM11.50) sahaja!
---------------------------------------------------------------------------------
MAMA
-ABDUL RAHIM AWANG-
Kehadirannya umpama sinar di sebalik kabut. Mendayung hidup bertemankan sepi, mempamerkan ria. Karangan-karangan air mata cuba dikutipnya menjadi mutiara. Sayangnya bunga-bunga fitnah menepis bahagia, menoktahkan ceria.
Harga Sebenar
RM 16.90
Tolak %
(RM8.50) sahaja!

KOMPILASI SELIMUT MALAM
-SAMSIAH MOHD. NOR-
Setianya bak kemboja berguguran setelah dia dinoda teman sendiri. Hidupnya pula bak bebunga lalang ditiup angin tanpa arah, walaupun pohon sindora setia menanti. Lalu dia meratapinya dalam tangisan bulan madu yang diselimuti malam, setelah maya pusara menggamit Reo pulang.
Harga Sebenar
RM21.90
Tolak %
(RM11.00) sahaja!
----------------------------------------------------------------------
RAGAM SEKEPING HATI
-AZIZAH JOHOR-
Dia menjadikan kenangan pahit semalam suatu yang indah dan berharga hari ini. Kerana hanya itu yang dia ada. Hanya itu yang termampu dimiliki olehnya. Selainnya kelukaan... Selebihnya dia tiada pilihan... Pilihan yang benar-benar pilihan...
Harga Sebenar
RM24.90
Tolak %
(RM12.50) sahaja!
----------------------------------------------------------------
I LOVE YOU
-NASS ALINA NOAH-
"Hmmmph! Aku bosan sebenarnya, Jail..."
"Kenapa?"
"Bosanlah macam ni! kenapa sekolah ni dah tak ada jejaka handsome, Prince Charming? Semuanya Prince Frog aja. Kalau cium dapat jadi handsome, tak apalah. Sampai dah tak ada benda aku nak rebut dengan Emalyn..." keluh Meow Meow, sugul sebelum ketawa.
"Ya Allah..." Jelita menyembankan mukanya ke meja. Kedua-dua telinganya ditekupkan. Tawa Meow-meow umpama musang yang menjerit-jerit, menyakitkan telinganya.
"Hei... kenapalah aku boleh terbekenalan dengan... dengan... eee, geramnya aku! Grrr!" Jelita mengangkat muka. Wajah Meow Meow yang masih ketawa itu ditenungnya.
"Sunyinya hidup aku tanpa lelaki-lelaki kacak, Jail. Kau faham tak apa yang aku rasa?" Meow Meow berpaling ke arah Gajus Jerman yang masih belum dapat menghilangkan kegatalannya. Emenen di sebelahnya sudah tidak boleh diselamatkan.
Harga Sebenar
RM22.90
Tolak %
(RM15.00) sahaja!
---------------------------------------------------------------------
PEREMPUAN TANPA DOSA
-FATINILAM SARI AHMAD-
Andai perkahwinan itu satu perkongsian, dia ingin berkongsi segalanya bersama perempuan itu. Isteri, kasih ini tidak mungkin berubah walau hitam sejarah silam bisa membuahkan parut kelukaan. Kerana lafaz janji sebuah perkahwinan, kebahagiaan hari ini dan akan datang. Bukan luka pedih cerita-cerita semalam.
Harga Sebenar
RM 15.90
Tolak %
(RM8.00) sahaja!
----------------------------------------------------------------------------------------
CINTA HARI-HARI RUSUHAN
-FAIZAL TEHRANI-
Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia... Kekeliruan yang berlaku dulu usah dikesali lagi... mengingatinya sekadar menambah rasa bersalah!

KOMPILASI DESTINI KASIH
-ABD. TALIB HASSAN-
Kerana hauskan kemesraan keluarga, Khairuddin yang yatim piatu telah balik ke kampung. Namun kerana hubungannya dengan Mastura, dia tidak disenangi oleh pak long sekeluarga yang tidak mahu bermenantukan dia kerana pangkat dan darjat yang tidak dimilikinya tanpa mengetahui siapa dia sebenarnya. Terpaksalah Khairuddin merantau lagi untuk membuktikan taraf dan kedudukkannya.

JEREBU
-ABD TALIB HASSAN-
Dia kembali menagih atmanya yang hilang... Membuahkan ria,pilu, gusar dan curiga melihat pulangnya perantau. Dia tegak bersama asuhan dan arus budaya yang songsang... berjuang, memperjuangkan keadilan di tanah airnya yang songsang, lalu bergelut dalam kemelut yang menjerat...
Harga Sebenar
RM16.90
Tolak %
(RM8.50) sahaja!
-------------------------------------------------------------------------------------
KASIH TAK BERMUSIM
-DR. AZIZAH JOHOR-
Walau di mana kau berada, kasih ini tak pernah mati. Tetap subur dan mewangi sepanjang zaman. Tetap utuh, tetap teguh menjadi tugu di hati kita. Betapa pun aku mencintaimu, kau tetap bukan milikku. Aku tak berdaya membuang rindu dan cinta ini walau beribu batu aku sembunyi. Aku ingin menatap wajah beningmu. Mendakap bayang-bayangmu, hanya itu yang mampu aku miliki.
Harga Sebenar
RM22.90
Tolak %
(RM11.50) sahaja!
--------------------------------------------------------------------------
BAHANG ASMARA
-JESSY MOJURU-
Sukarnya membuat keputusan tatkala cinta berada di persimpangan... Cinta bertahun layu sebelum berkembang. Namun biarlah pilihan yang terakhir ini membuka ruang kebenaran... Katamu aku permaisuri hidupmu... di mata dan di hati. Lalu kita meniti batas-batas harapan... namun impian kita relai jua sudahnya tatkala batas-batas harapan berderai dilambung ombak keegoan...
Harga Sebenar
RM22.90
Tolak %
(RM11.50) sahaja!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NOVEL ALAF 21
INIKAH CINTA
-H.M. TUAH ISKANDAR-
Cinta menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.
Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandi. Wanita kelahiran Isle of Wright ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia.
Jadi siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.
Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang seli antara cinta, bisnes dan pendirian. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.
Harga Sebenar
RM18.00

BADAI DI HATI
-FAZIE HANNA-
Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.
Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.
Dan kerana lelaki inilah Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kalinya. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.
Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paradigma hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.
Harga Sebenar
RM17.00
Tolak %
(RM14.00) sahaja!

SELAMAT TINGGAL MEMORI
-SHANIKA LATISHA-
Setelah sekian lama dia lari dari memori silam yang menghimpit, akhirnya Adlan menemui sinar yang membawanya ke pangkal jalan. Namun apabila Adlan bertemu dengan Najmil dan Azlin, sekali lagi dia melalui perbagai suka duka yang membuka episod baru dalam hidupnya.
Masa berlalu... Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin. "Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Kalaulah tak ada abang tadi..."
Najmil pula diburu cemburu. "Kita berdua di jalan yang berbeza, Azlin. Terlalu berbeza. Tolonglah... jangan merumitkan keadaan yang sedia ada."
Sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. "Dia permata yang tak patut dilepaskan."
Adlan harus merungkai semua belenggu yang sarat dalam kehidupannya. Dia tidak mahu Najmil terluka dan dia tidak mahu Azlin menagih kasih yang tidak akan menjadi mimpi indah.
"Kita berhak memilih yang terbaik untuk hidup kita."
Apakah yang terbaik untuk Adlan itu juga baik untuk insan yang melintasi denai kehidupannya?
Harga Sebenar
RM16.00 (2)

NILAI CINTAMU
-EKA FAHARA-
Satu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu semuanya mula berubah. Perjalanan hidupnya mula dihimpit resah. Dan ketenangan jiwanya mula berkocak.
Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.
Akhirnya Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, sudah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.
Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.
Harga Sebenar
RM16.00

SEHANGAT ASMARA
-AISYA SOFEA-
Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...
Harga Sebenar
RM19.90
Tolak %
(RM17.00) sahaja!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NOVEL BUKU PRIMA
TAK KUDUGA
-RAMLAH RASYID-
Kerana mengikut kata hati, Siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur. Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendapatkan pekerjaan di kota yang penuh mencabar itu. Pada hari yang dirancang, Siti Atilia telah meninggalkan kampung menuju ke Kuala Lumpur. Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Berjam-jam lamanya Siti Atilia menunggu di Pudu Raya. Akhirnya dia bertemu dengan Nayli. Nayli telah bermurah hati dan membawanya ke rumah.
Di sini, Siti Atilia telah berjumpa dengan Marry yang juga menumpang di rumah Nayli. Marry telah menceritakan kepada Siti Atilia tentang Nayli. Rupa-rupanya Nayli adalah ibu ayam kepada sarang pelacuran. Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dengan tindakannya itu. Apakah yang terjadi kepada Siti Atilia? Dapatkah dia melarikan diri dari sarang pelacuran itu? Dan apa pula tindakan Nayli?
Harga Sebenar
RM18.90
Tolak %
(RM15.00) sahaja!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NOVEL NB
TIADA BATASAN SAYANG
-NORHAYATI BERAHIM-
Sudah tiada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberikan tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa dan satu ketika dia pasti dihargai.
Harga Sebenar
RM21.50
Tolak %
(RM18.00) sahaja!

0 comments:
Post a Comment