Pengunjung

Kata-Kata Aluan...

Assalamualaikum... Selamat Datang...

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Blog ini sudah agak lama juga disiapkan tetapi juga telah agak lama diabaikan kerana aktiviti penulisan saya walaupun masih aktif tetapi tidak banyak hal yang hendak dikongsikan bersama. Kerana blog ini saya khususkan untuk novel-novel hasil nukilan saya.

Bagi anda yang pernah membaca novel hasil nukilan saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sokongan anda sangat saya hargai. Kepada yang belum dan berhajat untuk memiliki novel-novel saya, boleh dapatkan terus dari saya. Tentu sekali ada potongan harga!

Emailkan @ sofie2_za @yahoo.com kepada saya butiran diri anda seperti nama, alamat dan no telefon untuk urusan pengeposan. Juga tidak lupa tajuk novel yang anda kehendaki berserta jumlahnya.

Setelah kita saling setuju dengan harganya, saya akan berikan no akaun bank saya. Bayaran hendak dijelaskan terlebih dahulu. Setelah disahkan barulah saya uruskan urusan pengeposan. Urusan pengeposan hanya akan dilakukan pada hari Khamis setiap minggu.

Bagi yang tinggal di sekitar Klang Valley, mungkin saya boleh menghantarnya terus kepada anda. InsyaAllah...


Sebelum saya undur diri, ingin saya uar-uarkan, saya LEBIH AKTIF di SINI... Jemputlah berkunjung...


Sunday, December 13, 2009

## STICKY MODE ##

- UNTUK N3 HARIAN SILA SCROLL KE BAWAH -

UNTUK DIJUAL

NOVEL NYLEA PUBLISHING YANG TELAH LAMA DALAM SIMPANAN SAYA.
MASIH BARU - DALAM BUNGKUSAN
NOVEL NI MEMANG KELUARAN BEBERAPA TAHUN LALU TAPI IANYA MASIH DALAM KEADAAN ELOK - MASIH BERBALUT. ADA JUGA YANG DAH TIADA DALAM PASARAN. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK DAPATKAN UNTUK KOLEKSI SENDIRI BOLEH BELI DARI SAYA. SENARAI HARGA (HARGA ISTIMEWA) DAN TAJUK SEPERTI DI BAWAH.

KOS POS ATAS TANGGUNGAN SENDIRI


EMAIL SAYA
sofie2_za@yahoo.com

TELEFON/SMS
017-3113 226

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KAU BUKAN UNTUKKU
- 3 BUAH -
PENULIS - NAJWA DANIA DANIEL
HARGA SEBENAR - RM20.90
HARGA SAYA - RM13.00
- Sinopsis -
Terlalu sakit rasanya bila cinta ini terpaksa dikuburkan hanya kerana tidak direstuai, kasihku. Terlalu pedih hatiku tatkala diri harus akur pada janji yang telah dipateri... semata-mata kerana kita tidak berdaya. Mencintaimu membuatkan aku terasa sempurna dan terlalu bahagia. Cintamu terlalu indah mengisi kantung hatiku ini, Is... terlalu manis saat bersamamu. Namun ia hanya sebentar cuma. Datang dan pergi... tanpa aku relakan... Hakikatnya kita tidak tercipta untuk bersama. Takdir menemukan tetapi jodoh telah memisahkan cinta kasih kita... Biarlah kasih... biarlah ia tidak berkembang kerana aku tahu, kau tercipta bukan untukku...

MENYEMAI CINTA
- 1 BUAH -
PENULIS - IFFA IRDINA
HARGA SEBENAR - RM21.90
HARGA SAYA - RM14.00
- Sinopsis -
Hidup selepas kematian seorang ayah begitu sukar. Terpaksa bekerja keras dan mengenepukan keseronokan hidup seorang remaja demi untuk keselesaan diri dan adik-adik. Kasih terhadap ibu yang tiada tempat bergantung membuatkan dia redha dengan takdirnya. Namun hadirnya sinar kasih seorang jejaka telah mengubah seluruh hidupnya. Cinta baginya terlalu asing. Dia tidak pernah mengecapinya. Malah tidak pernah mengimpikan sebuah cinta kerana matlamat utamanya di dalam hidup ialaha segulung ijazah. Demi mengubah taraf hidup mereka. Tetapi keluhuran cinta seorang lelaki yang selama ini dianggap abang membuatkan dia terpaku. Permintaan ibu agar menerima lamaran yang datang membuatkan dia kecewa. Dunia seakan berakhir. Namun kasih terhadap ibu mengatasi segalanya. Lamaran itu diterima dan dia teruja dengan kasih yang dihambur. Terlalu luhur cinta itu. Terlalu indah pula nikmatnya... membuatkan dia terlalu mensyukuri kuniaan Ilahi yang satu itu.

SAYANGKU... LATIFAH!
- 3 BUAH -
PENULIS - DHIYA SYAKHIRA
HARGA SEBENAR - RM20.90
HARGA SAYA - RM13.00
- Sinopsis -
Dirinya dibenci dan dihina sejak kecil kerana kejelikan wajahnya. Dia digelar 'katak puru', si gemuk, si hodoh lantaran kulitnya yang hitam dan menggerutu. Giginya yang berkarat kerena tidak pernah bergosok dan pakaiannya yang buruk tidak berganti membuatkan dia menjadi mangsa ejekan kanak-kanak sebaya. Namun dia sabar kerana dia tahu keadaannya. Dia bahagia dengan nek Timah yang mengasuhnya sejak kecil. Dia puas dengan Iwan yang menjadi satu-satunya sahabat sejatinya.
Masa berlalu dan dia menjadi Latifah yang baru. Seorang Latifah yang digilai oleh semua lelaki yang memandangnya. Tetapi hidup bersama ibu saudara yang zalin selepas kematian Nek Timah tidak seindah yang disangka. Dia tidak pernah diberi ruang untuk menentukan hidupnya sendiri. Kepulangan Iwan selepas sepuluh tahun menghilang dirasakan mampu mengubah hidupnya. Tetapi ikhlaskah Iwan padanya? Sungguhkah kasih itu dilahirkan seikhlas hati buatnya?


TAKDIR CINTA
- 3 BUAH -
PENULIS - DINA NAJAT
HARGA SEBENAR - RM22.90
HARGA SAYA - RM15.00
- Sinopsis -
Suraya - "Ingin aku hadiakan hatiku untukmu namun apa dayaku. Kemiskinan memaksa aku memperdagangkan sebuah kebebasan lantas ditelan ketentuan bahawa dialah teman hidupku. Jikalau ini dikatakan pengorbanan, aku rela... demi seorang ibu yang telah lama menderita!"

Zafran Amir - "Sejak minggu orientasi itu, kau tak mudah dilupa. Puas dibuang namamu jauh-jauh namun segalanya sia-sia. Sayangnya, fitnah dan denfam seakan mernap segala. Biarku lelah memperjuangkan cinta, namun melihat kau pergi dari hati, sesekali tidak!"

Razak - "Suraya, aku tak kenal erti kalah kerana itu aku takkan mengalah. Sejak kecil kau kukenali, sebelum lelaki itu hadir. Mana mungkin ka aku lepaskan setelah harta dan maruah aku pertaruhkan. Aku bukan Zafran Amir yang terlalu hebat di matamu. Tapi percayalah... tika dan waktu akan menjadi bukti betapa aku menyayangimu."

Dua jiwa saling merindu, namun mampukah mereka bersatu?

SANGKAR ASMARA
- 3 BUAH -
PENULIS - ZETTY ZAHIRA
HARGA SEBENAR - RM20.90
HARGA SAYA - RM13.00
- Sinopsis -
Sejarah hitam semalam membuatkan hidup Idura tertekan. Dinikahi oleh lelaki yang teramat mencintainya merupakan satu kebahagiaan yang tidak terhingga. Apatah lagi bila lelaki itu sanggup meminjamkan nama untuk bayi yang dikandungnya dan membelanya sehingga dewasa. Namun rasa cemburu yang terlalu membuatkan Idura kelemasan. Kecantikan yang dimilikinya seolah satu sumpahan yang membuatkan dia hidup dalam dilema. Api cemburu Ezani terlalu marak sehinggakan Idura sentiasa dipersalahkan. Dia lemas dan kelelahan menjaga hati suami yang tidak pernah meletakkan kepercayaan padanya, semata-mata kerana sejaran silamnya. Kekakuan dan kedinginannya terhadap Ezani pula dianggap sebagai penolakan ke atas kasih sayang oleh suaminya. Rumah tangga yang dibina semakin menuju kehancuran. Apa lagi bila Ezani semakin membenci Nurul Nina, anak yang bukan zuriatnya... Ke mana lagi harus Idura mengadu? Apa lagi yang harus Idura lakukan bila kepercayaan semakin lupus dan Ezani pula semakin liar di luar rumah...

KERANA KAU LELAKIKU...
- 3 BUAH -
PENULIS - TEJA AUFI NASRUL
HARGA SEBENAR - RM21.90
HARGA SAYA - RM14.00
- Sinopsis -
Seorang Umairah terlalu mencintai Penciptanya. Amat takut akan azabNya. Dialah hamba yang cuba menyempurnakan tugasnya sebagai hamba. Dia cuba menyuluh kegelapan dan membuka segala ruang yang sempit. Cinta padaNya membuatkan dia takut berada jauh dariNya. Sehingga sanggup membunuh rasa yang tumbuh di dalam dada pada Yassir yang mencinta dalam diam walaupun dia sedar lelaki itu telah diciptakan untuknya. Walau masa berganti, musim berubah dan sedemikian waktu berputar... yang berpisah tetap bertemu di titik hujungnya... di bawah sinar Rabbul Izzati!

## HAMPIR RM8/= DITOLAK DARI HARGA SEBENAR ##

Tuesday, August 18, 2009

Tempahan Kek Kukus

Salam...

Saya ingin berkongsi di blog ini juga. Sempena dengan kedatangan Aidil Fitri yang bakal menjelang, saya membuka tempahan untuk kek kukus. Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh berkunjung ke blog saya yang satu lagi di SINI.


TEMPAHAN JUGA DITERIMA UNTUK SEBARANG MAJLIS

Kek Lapis Masam Manis

Saiz : 9" x 9"

Harga : RM20-00
(Tidak termasuk kos penghantaran)


Kek Lapis Prune

Saiz : 9" x 9"

Harga : RM25-00
(Tidak termasuk kos penghantaran)

Kek Buah2an

Saiz : 8" x 8"

Harga : RM30-00
(Tidak termasuk kos penghantaran)

Friday, June 26, 2009

!!! NOVEL UNTUK DIJUAL !!!

>> NOVEL2 INI MASIH DALAM KEADAAN BAIK DAN BARU <<
>> MASIH DALAM BUNGKUSAN <<


KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA SEBAGAI KOLEKSI DAN BAHAN BACAAN SILALAH DAPATKAN DARIPADA SAYA

... EMAIL/ADD YM ...
sofie2_za@yahoo.com

... TELEFON/SMS ...
017-3113 226
*********************************************************************************

NOVEL CESB

KIRANYA KAU BERBOHONG
- MAIZURA MOHD. EDERIS -

Sukarnya memenuhi impian lalu... kerana cinta bukanlah sandiwara yang boleh dirancangkan perjalanannya. Juga bukan semudah ungkapan senafas... Jodoh kita tiada... seperti angsa kristal pemberianmu yang hilang pasangannya. Begitulah aku... yang menanggung peritnya tatkala kehilanganmu...

Harga Sebenar:-
RM15.90

Tolak %
(RM8.00) sahaja!

-------------------------------------------------------------

SECEBIS IMPIAN

- MUHD. NASRUDDIN DASUKI -

Meletakkan tembok keegoan di antara ruang-ruang kebenaran... membiarkan satu, satu titik persamaan menjauh, melontar angan di lembah kepedihan. Bertanya-tanya pada diri, semampu mana menjulang kebenaran di pusuan insan-insan kebendaan. Atau terus membiarkan segala permasalahan menjerut diri... kerana hari ini kebenaran tidak lagi memihak kepada kejayaan dan kekejaman, satu, satu dibiarkan menguasai perasaan. Dan esok yang menjelang, masih adakah manusia-manusia gagah memperjuangkan prinsip atau segala-galanya hanya laungan kosong sang pejuang...

Harga Sebenar
RM17.90

Tolak %
(RM9.00) sahaja!

-------------------------------------------------------------------

BIARKAN BUNGA ITU LAYU

- YUSRUL EMIZA YUSOF -

Keegoan ini menyusahkan kita sebenarnya... Menyebabkan kau dan aku terkongkong dalam kepompong yang kita cipta sendiri. Kedegilanmu menjadikan aku sedar, payahnya merealisasikan sebuah impian. Dan kerana kepayahan itu jualah kau bagai helang bebas di angkasa. Hanya akan sesekali hinggap di dahan bila sayapmu lelah mengepak. Lantas... aku tidak pernah jemu menunggumu yang sesekali itu...

Harga Sebenar:-
RM15.90

Tolak %
(RM8.00) sahaja!

------------------------------------------------------------------

KOMPILASI SEKUNTUM BUNGA SENA
- ABD TALIB HASSAN -

Hati mana yang tidak retak, jiwa mana yang tidak lebur, dahan tempat bergantung patah, ruang tempat berteduh pecah dan kini dia tiba-tiba nanar menjadi sang pemburu pada sebuah kebahagiaan hakiki.

Harga Sebenar
RM24.90

Tolak %
(RM12.50) sahaja!

-----------------------------------------------------------------------------

SEMPADAN TANPA SERI
- JOHN NORAFIZAN -
Hidup tidak semudah yang dijangkakan. Dia tidak pernah menceritakan kepada dunia tentang pedih lukanya hidup pada zaman kanak-kanak. Tentang nostalgia silamnya yang berdarah. Tentang harga sebuah kebencian yang akhirnya menjadikan dia seorang pelarian. Betapa dia bahagia di sini... Putih salji telah menyaksikan tingginya nilai persahabatan, keikhlasan yang muncul di celah-celah kuntuman tulip segar. Dia bahagia tatkala melihat guguran daun yang memenuhi jalanan kerana pabila musim panas muncul, segala-galanya kembali nyata. Cintanya jua berputik di sini... mekar bersama musim yang silih berganti... Lantas dia alpa pada duri-duri yang menanti, pada duka dan sengsara yang cuba dihindari... pada petaka yang menjadikan dia hilang hakikat diri...

Harga Sebenar
RM20.90

Tolak %
(RM10.50) sahaja!

-------------------------------------------------------------------------

<<>>

TANAH ADRIYANA

- NOOR SURAYA -
Apa guna pasir setambun, kalau tidak setinggi duduk.
Apa guna kasih setahun, kalau tidak seumur hidup...
Yana,
Apa khabar nasi di daun, nasi di talam bagai nak basi.
Apa khabar tinggal setahun, tinggal semalam bagai nak mati.
Ku Fitri...


Harga Sebenar
RM17.90

Tolak %
(RM9.00) sahaja!

<<>>

--------------------------------------------------------------

<<>>


SINAR KASIHMU
- MOHD HIZAM HJ ALI -
Tidak ada salahnya membina cinta baru di atas tapak runtuhnya cinta lama. Bersama harapan yang bukan sedikit, dia membina angan sendiri. Dia ingin berhati waja. Namun ada ketikanya dia lelah menjadi dirinya. Persoalan demi persoalan hanya mampu disimpan. Mengutarakan bimbang persoalan membuahkan persoalan.

Harga Sebenar
RM15.90

Tolak %
(RM8.00) sahaja!

<<>>

------------------------------------------------------------------

JALUR-JALUR JINGGA
- SABARIAH ARAUR -

Tatkala dia sedang lena diulit bahagia, dugaan datang bertimpa-timpa. Dalam kegelapan malam, dia teraba-raba mencari arah pulang. Siapa yang harus dipersalahkan? Tewaskah dia dalam menentukan arah jalannya? Alpakah dia dalam menilai erti sebuah ikatan! Betapa dalam kehidupan ini banyak perkara yang tak terduga...

Harga Sebenar
RM25.90

Tolak %
(RM13.00) sahaja!

-----------------------------------------------------------------

LAMBAIAN HUDA
- MOHD NAZMI YAAKUB -

Dia sedar dirinya telah jauh hanyut dibawa arus kehidupan duniawi. Untuk berenang pulang, ittijahnya sering kesasar. Namun hatinyatelah istiqomah. Walau apa pun halangannya, dia ingin mati di dalam iman. Namun masihkah ada ruang untuknya pulang ke pangkal jalan? atau terus membiarkan dirinya hanyut dibawa gelombang duniawi! Dan masa berilah simpati...

Harga Sebenar
RM20.90

Tolak %
(RM10.50) sahaja!

---------------------------------------------------------------

MERENTAS KASIH

- SITI ROHAYAH ATAN -

Impiannya tidak kesampaian hingga dibiarkan diri hanyut tanpa pedoman. Apabila ditemui sinar penggilap luka hati, Intan kehilangan satu persatu hingga yang tertinggal hanya serpihan kasih, untuk merentas arus dunia.

Harga sebenar
RM17.90

Tolak %
(RM9.00) sahaja!

------------------------------------------------------------------------

CEBISAN MEMORI

- AZURA ABDULLAH -

Dulu : Siti Aisyah dan Azman, lambang kasih Mumtaz dan Shah Jehan. Terpisah kerana darjat yang berbeza. Terpaksa mengharungi hidup dalam dunia mereka tersendiri.
Kini : Tija dan Azhan, lambang cinta Laila dan majnun. Merekalah benih cinta yang pernah bersemi. Menjadi penyambung kasih dua zaman.

Harga Sebenar
RM12.90

Tolak %
(RM6.50) sahaja!

-----------------------------------------------------------------------

CINTA ABADI
- NASIROH ABDUL RAHMAN -

Cinta pertamanya hilang bersama mimpi semalam, menjadi satu epilog yang berterbangan. Namun kehadiran cinta kedua mengasyikkan, mengisi telaga hati yang keresahan. Lalu menjadi syurga sebuah cinta abadi.

Harga Sebenar
RM 14.90

Tolak %
(RM7.50) sahaja!

--------------------------------------------------------------------------------

INANG SARI

-SABARIAH ARAUR-

Inang Sari terperangkap dalam kemelut noda dan dosa akibat dendamnya terhadap lelaki yang meragut kesuciannya dengan penuh rakus. Dia hidup sebagai sampai sosial yang dipenuhi nafsu serakah dan dilimpahi kemewahan. Namun keinsafan mulai mengetuk pintu hatinya sejurus dia menyedari dirinya menjadi bahan santapan nafsu buas dua lelaki yang berkaitan darah. Dia mulai bertaubat tetapi segalanya sudah terlewat.

Harga Sebenar
RM22.90


Tolak %
(RM11.50) sahaja!

---------------------------------------------------------------------------------

MAMA

-ABDUL RAHIM AWANG-

Kehadirannya umpama sinar di sebalik kabut. Mendayung hidup bertemankan sepi, mempamerkan ria. Karangan-karangan air mata cuba dikutipnya menjadi mutiara. Sayangnya bunga-bunga fitnah menepis bahagia, menoktahkan ceria.

Harga Sebenar
RM 16.90

Tolak %
(RM8.50) sahaja!

------------------------------------------------------------------

KOMPILASI SELIMUT MALAM
-SAMSIAH MOHD. NOR-

Setianya bak kemboja berguguran setelah dia dinoda teman sendiri. Hidupnya pula bak bebunga lalang ditiup angin tanpa arah, walaupun pohon sindora setia menanti. Lalu dia meratapinya dalam tangisan bulan madu yang diselimuti malam, setelah maya pusara menggamit Reo pulang.

Harga Sebenar
RM21.90

Tolak %
(RM11.00) sahaja!

----------------------------------------------------------------------

RAGAM SEKEPING HATI

-AZIZAH JOHOR-

Dia menjadikan kenangan pahit semalam suatu yang indah dan berharga hari ini. Kerana hanya itu yang dia ada. Hanya itu yang termampu dimiliki olehnya. Selainnya kelukaan... Selebihnya dia tiada pilihan... Pilihan yang benar-benar pilihan...

Harga Sebenar
RM24.90

Tolak %
(RM12.50) sahaja!

----------------------------------------------------------------

I LOVE YOU
-NASS ALINA NOAH-

"Hmmmph! Aku bosan sebenarnya, Jail..."
"Kenapa?"
"Bosanlah macam ni! kenapa sekolah ni dah tak ada jejaka handsome, Prince Charming? Semuanya Prince Frog aja. Kalau cium dapat jadi handsome, tak apalah. Sampai dah tak ada benda aku nak rebut dengan Emalyn..." keluh Meow Meow, sugul sebelum ketawa.
"Ya Allah..." Jelita menyembankan mukanya ke meja. Kedua-dua telinganya ditekupkan. Tawa Meow-meow umpama musang yang menjerit-jerit, menyakitkan telinganya.
"Hei... kenapalah aku boleh terbekenalan dengan... dengan... eee, geramnya aku! Grrr!" Jelita mengangkat muka. Wajah Meow Meow yang masih ketawa itu ditenungnya.
"Sunyinya hidup aku tanpa lelaki-lelaki kacak, Jail. Kau faham tak apa yang aku rasa?" Meow Meow berpaling ke arah Gajus Jerman yang masih belum dapat menghilangkan kegatalannya. Emenen di sebelahnya sudah tidak boleh diselamatkan.

Harga Sebenar
RM22.90

Tolak %
(RM15.00) sahaja!

---------------------------------------------------------------------

PEREMPUAN TANPA DOSA
-FATINILAM SARI AHMAD-

Andai perkahwinan itu satu perkongsian, dia ingin berkongsi segalanya bersama perempuan itu. Isteri, kasih ini tidak mungkin berubah walau hitam sejarah silam bisa membuahkan parut kelukaan. Kerana lafaz janji sebuah perkahwinan, kebahagiaan hari ini dan akan datang. Bukan luka pedih cerita-cerita semalam.

Harga Sebenar
RM 15.90


Tolak %
(RM8.00) sahaja!

----------------------------------------------------------------------------------------

CINTA HARI-HARI RUSUHAN

-FAIZAL TEHRANI-

Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia... Kekeliruan yang berlaku dulu usah dikesali lagi... mengingatinya sekadar menambah rasa bersalah!

Harga Sebenar
RM15.90

Tolak %
(RM8.00) sahaja!

-------------------------------------------------------------------------

KOMPILASI DESTINI KASIH

-ABD. TALIB HASSAN-

Kerana hauskan kemesraan keluarga, Khairuddin yang yatim piatu telah balik ke kampung. Namun kerana hubungannya dengan Mastura, dia tidak disenangi oleh pak long sekeluarga yang tidak mahu bermenantukan dia kerana pangkat dan darjat yang tidak dimilikinya tanpa mengetahui siapa dia sebenarnya. Terpaksalah Khairuddin merantau lagi untuk membuktikan taraf dan kedudukkannya.

Harga Sebenar
RM22.90

Tolak %
(RM11.50) sahaja!

-----------------------------------------------------------------

JEREBU
-ABD TALIB HASSAN-
Dia kembali menagih atmanya yang hilang... Membuahkan ria,pilu, gusar dan curiga melihat pulangnya perantau. Dia tegak bersama asuhan dan arus budaya yang songsang... berjuang, memperjuangkan keadilan di tanah airnya yang songsang, lalu bergelut dalam kemelut yang menjerat...

Harga Sebenar
RM16.90

Tolak %
(RM8.50) sahaja!

-------------------------------------------------------------------------------------

KASIH TAK BERMUSIM

-DR. AZIZAH JOHOR-

Walau di mana kau berada, kasih ini tak pernah mati. Tetap subur dan mewangi sepanjang zaman. Tetap utuh, tetap teguh menjadi tugu di hati kita. Betapa pun aku mencintaimu, kau tetap bukan milikku. Aku tak berdaya membuang rindu dan cinta ini walau beribu batu aku sembunyi. Aku ingin menatap wajah beningmu. Mendakap bayang-bayangmu, hanya itu yang mampu aku miliki.

Harga Sebenar
RM22.90

Tolak %
(RM11.50) sahaja!

--------------------------------------------------------------------------

BAHANG ASMARA
-JESSY MOJURU-

Sukarnya membuat keputusan tatkala cinta berada di persimpangan... Cinta bertahun layu sebelum berkembang. Namun biarlah pilihan yang terakhir ini membuka ruang kebenaran... Katamu aku permaisuri hidupmu... di mata dan di hati. Lalu kita meniti batas-batas harapan... namun impian kita relai jua sudahnya tatkala batas-batas harapan berderai dilambung ombak keegoan...

Harga Sebenar
RM22.90

Tolak %
(RM11.50) sahaja!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NOVEL ALAF 21

INIKAH CINTA
-H.M. TUAH ISKANDAR-

Cinta menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.
Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandi. Wanita kelahiran Isle of Wright ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia.
Jadi siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.
Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang seli antara cinta, bisnes dan pendirian. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.

Harga Sebenar
RM18.00

Tolak %
(RM15.00) sahaja!

-------------------------------------------------------------------------

BADAI DI HATI
-FAZIE HANNA-

Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.
Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.
Dan kerana lelaki inilah Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kalinya. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.
Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paradigma hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.

Harga Sebenar
RM17.00

Tolak %
(RM14.00) sahaja!

-----------------------------------------------------------------------

SELAMAT TINGGAL MEMORI
-SHANIKA LATISHA-

Setelah sekian lama dia lari dari memori silam yang menghimpit, akhirnya Adlan menemui sinar yang membawanya ke pangkal jalan. Namun apabila Adlan bertemu dengan Najmil dan Azlin, sekali lagi dia melalui perbagai suka duka yang membuka episod baru dalam hidupnya.
Masa berlalu... Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin. "Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Kalaulah tak ada abang tadi..."
Najmil pula diburu cemburu. "Kita berdua di jalan yang berbeza, Azlin. Terlalu berbeza. Tolonglah... jangan merumitkan keadaan yang sedia ada."
Sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. "Dia permata yang tak patut dilepaskan."
Adlan harus merungkai semua belenggu yang sarat dalam kehidupannya. Dia tidak mahu Najmil terluka dan dia tidak mahu Azlin menagih kasih yang tidak akan menjadi mimpi indah.
"Kita berhak memilih yang terbaik untuk hidup kita."
Apakah yang terbaik untuk Adlan itu juga baik untuk insan yang melintasi denai kehidupannya?

Harga Sebenar
RM16.00 (2)

Tolak %
(RM13.00) sahaja!

-----------------------------------------------------------------

NILAI CINTAMU
-EKA FAHARA-

Satu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu semuanya mula berubah. Perjalanan hidupnya mula dihimpit resah. Dan ketenangan jiwanya mula berkocak.
Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.
Akhirnya Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, sudah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.
Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.

Harga Sebenar
RM16.00

Tolak %
(RM13.00) sahaja!

------------------------------------------------------------------------

SEHANGAT ASMARA
-AISYA SOFEA-

Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...

Harga Sebenar
RM19.90


Tolak %
(RM17.00) sahaja!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NOVEL BUKU PRIMA


TAK KUDUGA
-RAMLAH RASYID-

Kerana mengikut kata hati, Siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur. Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendapatkan pekerjaan di kota yang penuh mencabar itu. Pada hari yang dirancang, Siti Atilia telah meninggalkan kampung menuju ke Kuala Lumpur. Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Berjam-jam lamanya Siti Atilia menunggu di Pudu Raya. Akhirnya dia bertemu dengan Nayli. Nayli telah bermurah hati dan membawanya ke rumah.
Di sini, Siti Atilia telah berjumpa dengan Marry yang juga menumpang di rumah Nayli. Marry telah menceritakan kepada Siti Atilia tentang Nayli. Rupa-rupanya Nayli adalah ibu ayam kepada sarang pelacuran. Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dengan tindakannya itu. Apakah yang terjadi kepada Siti Atilia? Dapatkah dia melarikan diri dari sarang pelacuran itu? Dan apa pula tindakan Nayli?

Harga Sebenar
RM18.90

Tolak %
(RM15.00) sahaja!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NOVEL NB

TIADA BATASAN SAYANG
-NORHAYATI BERAHIM-

Sudah tiada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberikan tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa dan satu ketika dia pasti dihargai.

Harga Sebenar
RM21.50


Tolak %
(RM18.00) sahaja!

Thursday, April 2, 2009

Meraih Cinta


!!! TERBARU DI PASARAN !!!Terbitan
Fajar Pakeer Sdn. Bhd.

Jumlah Muka Surat
483 muka surat

Harga
RM19.90

Keluaran
2009

Sinopsis Di Novel
Perbalahan, pertengkaran dan makan hati
dengan sikap Mierza membuatkan cinta Maya beralih arah.
Kemunculan Sufry, bekas kekasih Maya,
memberi sinar baru dalam hidupnya.
Sufry memberikan layanan yang baik,
menunjukkan perubahan sikap yang amat ketara,
memandikan Maya dengan kemewahan hingga Maya rasa sangat selesa.
Dalam diam Maya menyimpul angan-angan untuk menjadi isteri Sufry.

Namun apabila angan-angannya jadi nyata,
halangan daripada ibu dan abangnya membuatkan Maya nanar.
Mengenangkan sikap dan sifat Sufry dahulu,
ibu dan abangnya percaya Maya tidak akan bahagia dengan perkahwinan itu.
Mereka tidak percaya langsung Sufry kini sudah berubah.

Maya tetap berkeras dengan kehendaknya
hingga mengugut akan kahwin lari ke sempadan.
Demi tidak mahu menanggung malu,
orang tuanya terpaksa menurut kehendak Maya.
Hakikatnya Sufry bukanlah benar-benar cintakan Maya.
Di saat-saat majlis perkahwinan Sufry dan Maya
hendak berlangsung, terbongkarlah rahsia.

Kehadiran Isqandar mengubat luka di hati Maya.
Apakah percintaan kali ini sampai ke matlamatnya?
Berjayakah cinta Isqandar tersemai di hati Maya?

Cupid Love

Terbitan
Kaki Novel Enterprise

Jumlah Muka Surat
430 muka surat

Harga
RM18.00

Keluaran
Tahun 2008

Sinopsis Di Novel
Bersaksikan lautan yang terbentang luas,
camar yang berterbangan bebas di udara...
kita dipertemukan atas nama sahabat.
Bermula sapa-menyapa lantas berpanjangan
menjadi teman bicara.
Pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupanya
membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa
kau dan aku sedari.
Dan hari-hari yang berlalu disulami tawa dan
usik-mengusik adalah tunas saya yang mula
bercambah di hati kita...
Kalau kau dan aku mengikat janji untuk bersua,
halangan mengintai lalu merungkai janji...
memusnahkan kepercayaan kau padaku.
Lantas tanpa pamitan kau pergi...
pergi dan meninggalkan nanar di hati ini.
Dari lewat bicara antara kita...
aku cuba jejakimu.
Aku tidak mahu kecundang untuk kali kedua,
kerana kecundang itu amat menyakitkan.

Ulasan Penulis
Sesungguhnya tanpa sedar antara Danny dan Azyan
bagaikan ada jodoh. Tetapi mereka terlalu naif untuk
menyedarinya.
Atau kedua-duanya terlalu sibuk melayan kisah cinta
semalam yang penuh luka.
Setelah mereka sedar, satu persatu kebetulan
bermain di ruang mata. Dan mereka menjadi
malu pula untuk mengakuinya....

Merimbun Kasih


Terbitan
Fajar Pakeer Sdn Bhd

Jumlah Muka Surat
776 muka surat

Harga
RM24.90

Keluaran
Tahun 2008

Sinopsis Di Novel
Perpisahan ini membuatkan Sara Sarina nanar.
Menjadikan Sara Sarina lupa bahawa setiap yang terjadi
adalah ketentuan Ilahi. Manusia hanya merancang...
Sara Sarina mencuri-curi ruang.
Mengisinya dengan hal dan masalah. Dia uji batas
kesabaran sang ayah yang kasihkannya tanpa jemu.
Dia duga ketabahan ibu dan adik tirinya yang begitu ingin
mendampingi dan menyayanginya.
Di samping Pyan, Sara Sarina terasa dihargai.
Di sisinya dia terasa dicintai.
Mengenali Pyan mengajar Sara Sarina erti cinta sejati.
Tanpa disedari sebenarnya dia hanya bertepuk tangan sendiri.
Dia lupa dan alpa. Baginya dosa dan noda tiada erti.
Asyiknya tidak terperi.
Namun hakikatnya keasyikan itu bagai duri.
Bagai sembilu menghiris hati.
Sara Sarina terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri.
Memaksa dia pulang ke pangkal jalan
mendapatkan ayah dan ibu tiri.
Syukur pada Ilahi... walau seribu ulah dan karenah,
Sara Sarina tetap disambut pulang sementelah perginya
tidak pernah dihalau. Kesedaran bertapak dalam diri.
Intaian kisah semalam dicampak ke tepi.

Ulasan Penulis
Ianya kisah seorang remaja yang memberontak.
Bergaul bebas tanpa batas. Melupakan dosa dan bergelumang
dengan dosa dan zina.
Tetapi dia bernasib baik kerana ayahnya begitu memahami
gejolak perasaan anak remaja sepertinya.
Kasih sang ayah tidak pernah pudar. Tidak pernah serik
sang ayah mencurah kasih.
Semua orang sayangkannya. Hanya dia yang tidak sedar.
Namun rimbunan kasih itulah yang membuatkan dia sedar
dan kembali ke pangkal jalan.
Biarpun ketika itu sebenarnya dia sudah terlambat...

Dunia Cinta Kita

BOIKOT!!!Terbitan
Nylea Publishing

Jumlah Muka Surat
592 muka surat

Harga
RM22.90

Keluaran
Tahun 2006

Sinopsis Di Novel
Cintaku seluas lautan namun mengapa tidak kau
menghargainya?
Puas sudah aku mencarimu di mana-mana
tetapi kau tidak juga muncul hatta dalam mimpiku.
Aku terlalu rindu padamu.
Aku teramat ingin berada di sisimu buat selamanya.
Ranjau cinta ini teramat menyakitkan sehingga
aku lelah dibuatnya.
Aku buntu dalam mencari kepastian.
Aku keliru dalam menentukan arah jalan hidupku.
Aku hanya mengharapkanmu untuk menyuluh jalanku
yang gelap agar bisaku temui sinarnya di akhir
pengembaraanku ini...

Nota Penulis
Dunia Cinta Kita adalah sambungan dari novel
Warna Cinta Kita.
Dimana...
... destinasi cinta Masrina...
... penyudah kisah Hafiz
dan
... akhir perjalanan hidup Syazwany.

Wednesday, April 1, 2009

Warna Cinta Kita

BOIKOT novel ini jika anda ingin
mendapatkannya di kedai.

Tetapi ada 3 buah novel ini dalam
simpanan saya untuk dijual.
Saya tidak membelinya tetapi ianya
adalah 'naskah contoh'.
Harga Istimewa untuk anda
jika anda berminat untuk memilikinya.
Terbitan
Nylea Publishing

Jumlah Muka Surat
622 muka surat

Harga
RM22.90

Keluaran
Tahun 2006

Sinopsis Di Novel
Cinta ini telah lama lahir buatmu, kasih...
Aku terlalu mendambakanmu walaupun terpaksa
melempar adat dan resam. Aku terlalu ingin memilikimu
kasih.
Aku selalu mengimpikan kita berdua hidup bersama dalam
mahligai indah yang dihadiahkan papa.
Pintalah apa saja, kasihku...
akan kuberikan sebagai bukti cinta kasihku ini.
Namun kasih, mengapakah kau tak pernah
memahami? keegoanmu membuatkan aku nanar.
Kau buatkan aku merana.
Kau buatkan aku sakit jiwa.
Kau membuatkan aku hilang arah tujuan.
Sampai hatimu, kasih...
kau buat aku seperti sampah sedangkan
letakmu di hatiku terlalu tinggi...
Tiadakah ruang untukku di hatimu, kasih?

Hati Yang Terluka

Terbitan
Creative Enterprise

Jumlah Muka Surat
766 muka surat

Harga
RM31.90

Keluaran
Tahun 2005

Sinopsis Di Novel
Puas dibelek, puas diselidik, apalah kesalahan diri
yang menjadi punca retaknya cinta?
Apakah kerana kasih tidak terbela...
cinta perlahan-lahan berubah rasa...
tawar, hambar, lalu manisnya madu, mengapa
berlalu menjadi hempedu.
Dipujuk hati agar menjadi wanita setabah
Rabiatul Adawiyah.
Dikuatkan semangat setenang Sumaiyyah.
Benih yang tertanam ini bukti cinta kasih kita berdua...
ada rasa sayang yang berputik di dalamnya,
bercambah... membesar tanpa rasa sabar hati
ibu melihatmu lahir ke dunia.
Walau hadirmu tanpa perhatian ayah - kerana ayahmu
leka bermain cinta... bermain asmara...
tega membiarkan ibu lara, namun percayalah...
ibu akan pastikan kita tidak akan terpisah.
Dan kau anakku... kan tetap punya ayah...

Sinopsis Penulis
Adibah telah lama terpikat dengan Islam.
Perkahwinannya dengan Izman bukan saja sebuah ikatan
tetapi juga penyatuan jiwa yang telah lama inginkan ketenangan
nur Islam. Dugaan buatnya apabila perkahwinan yang pada
mulanya bahagia berubah sengketa akibat Izman bermain cinta
dengan Julia - seorang pelayan tetamu kelab malam.
Kerana terlalu asyik dibuai dalam dunia ciptaannya sendiri,
Izman buta membezakan kaca dan permata.
Adibah redha. Dia sanggup berkongsi kasih andai itu bisa
membahagiakan suaminya.
Sehinggalah saat Adibah hendak melahirkan cahayamata
mereka yang pertama, barulah Izman insaf dan sedar
salah silapnya. Barulah Izman nampak kaca yang selama ini
dibela mengandungi racun yang berbisa.
Mujur, ruang kemaaffan dan pintu taubat masih
terbuka. Izman kembali ke pangkuan Adibah
dengan rasa keinsafan yang tidak terkira.

Gerimis Di Hati


Terbitan
Creative Enterprise

Jumlah Muka Surat
687 muka surat

Harga
RM29.90

Keluaran
Tahun 2004

Sinopsis Di Novel
Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin menjadi
perempuan joget. Melayan lelaki-lelaki mata keranjang,
jatuh dari satu pelukan ke satu pelukan, khayal dengan
pesta dunia yang menjelikkan. Jika diberi pilihan, dia juga
tidak ingin hanyut dibawa arus dunia yang tiada tepinya.
Leka menghitung dosa tanpa memikirkan pahala yang akan
dibawa pulang. Sedang dia sedar, kematian tidak pernah
menjanjikan syurga buat insan-insan yang leka sepertinya.
Lalu pada siapa harus dilemparkan kesilapan?
Kepincangan yang diwarisi atau pada perjalanan hidup
yang memang diaturkan?
Namun di sudut hati kecilnya masih ada suara-suara
jernih, yang sering berdoa, yang sering menyedarkan
agar dia kembali menuju ke jalan yang diredhai.
Kerana di sana, pintu syurga terbuka luas untuknya.
Dan sinar keinsafan pun perlahan-lahan menyinari sebuah
perjalanan yang baru bermula...

Sinopsis Penulis
Kerana cinta dan mendambakan kasih sayang, Rosina
serahkan segala-galanya kepada Zaini hatta maruah diri.
Dalam usia yang masih muda dia mengandung. Ketika sedang
sarat, Zaini disumbatkan ke dalam penjara atas kesalahan
mengedar dadah. Demi untuk mencari rezeki, anak kecilnya,
Nazira ditinggalkan bersama kakaknya. Zaini keluar dari penjara
tetapi sikapnya tidak pernah berubah. Rosina mengandung lagi
dan Zaini sekali lagi disumbatkan ke dalam penjara.
Rosina serik.
Dia bangkit dari kecewa. Peluang untuk Zaini sudah tertutup.
Rosina mula mengatur langkah. Hidupnya kini bukan lagi diutamakan
untuk rumahtangga tetapi untuk dirinya dan anak-anak.
Hubungannya dengan Datuk Megat Nazmuddin bagai menyedarkan
Rosina bahawa hidup ini perlu ada perubahan. Sementelah
anak-anak sudah semakin membesar.
Sedang dia melangkah untuk mendekatkan diri mengecap
bahagia, dia kembali kepada Penciptanya.
Tinggallah Nazira meneruskan cita-cita bonda tercinta.
Melunaskan impian dan harapan bonda yang belum kesampaian.
Biar dengan penuh kepayahan, Nazira nekad...
kehendak bonda mesti dilunaskan.

Terbitan
Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Jumlah Muka Surat
310 muka surat

Harga
RM16.90

Keluaran
Tahun 2003

Sinopsis Di Novel

Mengejar bayangan cinta semalam,
sesekali rebah menyembah,
sesekali lelah mengalah...
Berjejeh keringat membasah...
menitis air mata terhiris.
Alam melihat,
laut menjadi saksi cinta ini tidak mati
walau musim datang silih berganti
dan kemarau kasih bagai merelakan pertemuan...
penyatuan...
basah kenangan silam...
namun mengapa tiba-tiba cinta bagaikan hilang rasa...
hilang kuasa?

Sinopsis Penulis
Perkahwinan Sofia dan Najib ditentang orang tua Sofia.
Namun perkahwinan itu tidak pernah gagal.
Tetapi takdir memisahkan mereka apabila Najib
terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan.
Dia tinggal di hujung kampung. Terputus jauh hubungan
dengan dunia luar. Najib memulakan penghidupan
baru bersama Nuri.
Sedangkan Sofea di luar sana terus menunggu. Dia tidak
pernah menganggap Najib telah mati. Dia percaya
suaminya masih hidup dan Sofea sanggup menerima
lelaki itu kembali seandainya Najib muncul semula.
Takdir benar-benar menguji.
Najib kembali mengingati akan zaman silamnya.
Lalu dia mencari Sofeanya.
Dan Sofea jadi nanar apabila mengetahui yang
Najibnya sudah berpunya...
Mungkinkah hubungan suami isteri itu
akan bersatu semula?

Novel Di Rak

  • A.Samad Said~Salina
  • Abd. Rahim Awang>Mama~Saka
  • Abd. Samad Ismail>Orang Jauh
  • Abd. Talib Hassan>Wajah-Wajah Di Pelangi~Di Rahang Sumpah~Jelaga~Komp. Sekuntum Bunga Sena~Komp. Destini Kasih~Jerebu~Cinta Semalam
  • Abu Hassan Morad>Titus~Harmoni Kasih
  • Agnes Yani Sardjono>Dua Langit
  • Ahadiat Akasyah>Lagenda Budak Setan~Budak Momok~Komp. Sekeping Kad Valentine~Komp. Budak Setan 1
  • Aida Adriani>Lafazkan Cintamu~Cintamu Di Hati
  • Aisya Sofea>Kau Untukku~Sehangat Asmara~Gelora Jiwa~Adam & Hawa
  • Akula M.D.>Pengantin Dari Kubur
  • Aleya Aneesa>Semusim Rindu~Kasih Antara Kita
  • Amelia Hashim>Meniti Sinar Purnama
  • Athirah Natasya>Gerimis Kasih
  • Ayu Emelda>Lagu Rindu
  • Azizah Johor>Biarkan Aku Pergi~Kasih Tak Bermusim~Ragam Sekeping Hati
  • Azmah Nordin>Sitti Ariana~Singkowoton
  • Azura Abdullah>Cebisan Memori
  • Bikash Nur Idris>Kau Sayangku
  • Damya Hanna>Saat Cinta Bersemi~Relaku Menanti
  • Dina Farhana>Sedalam Cintamu
  • Durrah Fatiha>Rindu Di Kalbu
  • Elias Hj Idris>Bunga Bukan Semusim~Pilihan Kedua
  • Era Fahara>Nilai Cintamu
  • Faisal Tehrani>>Cinta Hari-Hari Rusuhan
  • Fathillah Anas>Mangsa~Kasih Terakhir~Bermulalah Sayang
  • Fatinilam Sari Ahmad>Cenderawasih~Megalomania~Megalomania 2~Perempuan Tanpa Dosa
  • Fauziah Ashaari>Ombak Ridu~Setia Menanti~Cinta... Tiada Akhir
  • Fazie Hana>>Badai Di Hati
  • H.M. Tuah Iskandar>Original~Stefa Isle~Hatimu Untuk Siapa~Inikah Cinta
  • Habibah Rahmat>PilihanTerakhir
  • Hanim Abu Bakr>Aku Hanya Seorang Perempuan
  • Hasanuddin Md. Isa>Bidadari Cinta~Mereka Yang Tertewas 2~Titisan
  • Hashim Abdullah>Andainya Kau Tahu
  • Hasnah Ramli>Inikah Cinta
  • Hasreeyati Ramli>Demi Kasih Ini
  • Intan Yaakup>Kampus
  • Jaafar Darwis>Areon
  • Jamal Sudin>Pusaran Kasih
  • Jessy Mojuru>Hanya Kau Segalanya~Bahang Asmara
  • Jiso Rutan>Jantungnya Berdegup Lagi
  • John Norafizan>Tunjukkan Aku Satu Bintang~Sempadan Tanpa Seri
  • Khatijah Hashim>Melawan Arus
  • Khatijah Hashim>Melawan Arus~Badai Semalam
  • Koleksi Kisah-Kisah Misteri
  • Kreisya Reisya>Kisah Kasih
  • Liana Afiera Malik>Bukan Puteri Lindungan Bulan~Komp. Memori~Janji Assila~Assyida~Dia Di Hatiku~Dah Kata Dah!!!~1,2,3 I Love You!~Eh... Iye Ke Ni?~Jealous La Pulak!
  • Lily Suriani>PelabuhanKasih
  • Liza Meor Rashidi>Demi Kasih Demi Sayang
  • M. Ezanie Mihardi>Jodoh oh Jodoh!
  • Ma Lee Chuswan>Lamaran Kedua~Selamat Tinggal Sayang~Permata Hati
  • Maharam Mamat>Tak Ingin Menangis Lagi~Kalau Mawar Mekar Berbunga~Andai Itu Takdirnya
  • Maizura Mohd. Ederis>Kiranya Kau Berbohong
  • Mariam Omar>Angin Dari Timur
  • Matt Romeo>Anak Dara Menteri~Anak Dara Menteri 2~Anak Dara Menteri 3~Joget Cinta Pertama~Madu Impian~Jantan Romeo~Kandang Cinta Kita
  • Maznan Nordin>Jelabak
  • Meor Shariman-Cincin Permata Biru~Cinta Gadis Pontianak~Ilusi
  • Mimi Afinie>Masih Ada Rindu
  • Mira Karmila>Jelmaan Dendam Dari Kubur
  • Mohd. Nazmi Yaakub>Lambaian Huda
  • Mohd. Nizam Hj Ali>Sinar Kasihmu
  • Mokhtar Yusof>Ranting-Ranting Patah
  • Moro M.S.>Misteri Kampung Hilang
  • Muhd. Nasruddin Dasuki>Cerminan~Secebis Impian
  • Musa Atan>Di Sebalik Rahsia~Meraut Rindu
  • Najwa Aiman>Antara Kau Dan Dia~Untuk Kau Dan Aku~Kasih Kita
  • Nasiroh Abdul Rahman>Cinta Abadi
  • Nass Alina Noah>Asmara Yang Pertama~Aku Menyayangimu
  • Nazifah Halmi>Lukisan Hati~Kemarau Di Hati
  • Nia Azalea>Kau Yang Satu~Hati Yang Terusik
  • Noor Suraya>Keranamu Ain~Rindunya Kian Membara~Biru Ungu Cinta
  • Noor Suraya>Keranamu Ain~Tanah Adriyana
  • Norhashimah Hashim>Sebuah Pelayaran
  • Norhayati Abd Malek>Bisikan Kasih
  • Norhayati Berahim>Seindah Derita~Hati Seorang Wanita ~Sayang Tak Terucap~Air Mata Kasih~Cinta Pertama~Nota Cinta Buatmu~Pesanan Terakhir Seorang Lelaki~Dendam Yang Terlerai~Sentuhan Kasih~Rindu~Andai Semalam Ku Miliki~Tiada Batasan Kasih~Dia Lebih Mengerti~Cinta Jangan Kau Pergi
  • Norhisham Mustafa>Bila Musim Berganti
  • Norma>Langit Tidak Selamanya Mendung
  • Normah Mustaffa>Setulus Kasih
  • Norzailina Nordin>Arjuna Hati~Zuriat~Arca Kasih~Untukmu Permata Hatiku~Getaran Rindu
  • Norzatul Shema Yahya>Penantian
  • Nurafni Octavia>Tangkap Basah
  • Pitteriah Abdullah>Meniti Mimpi
  • Puteri Andalas>Jalinan Kasih~Cinta Seindah Madah
  • Putri Klasik>Caturan Kasih
  • Radzi Sayed>Hanya Padamu Kekasih~Debu Merah~Sempadan Dilema
  • Rafizah Nordin>Meniti Senja~Gerimis Di Hati~Hati Yang Terluka
  • Ramlah Rashid>Tak Kuduga
  • Ramlee Awang Murshid>Mandatori~Bagaikan Puteri~Tombiruo~Adam
  • Richie Rachman>Skandal
  • Rio Hermawan>Fantasia Romantika
  • Rohani Din>Diari Bonda 1~Diari Bonda 2~Diari Bonda 3~Diari Bonda 4
  • Rozita Abd Wahab>Bahagia Kini Milik~Nilai Cintanya
  • Rozita Md. Nor>Titis-Titis Gerimis
  • Sabariah Araur>Buat Yang Terakhir~Satu Anugerah~Nota Luka~Nota Luka II~Inang Sari~Jalur-Jalur Jingga
  • Salina Ibrahim>Komp. Bunga Cinta
  • Samsiah Mohd Nor>Helang Bebas Di Angkasa~Komp.Selimut Malam
  • Sarina Md. Som>Keranamu Sofea
  • Sazlina Sulaiman>Kau Milikku
  • Shahnon Ahmad>Ranjau Sepanjang Jalan
  • Shahriah Abdullah>Kau Mawarku
  • Shanika Latisha>Selamat Tinggal Memori
  • Shanika Latisha>Selamat Tinggal Memori~Kasihku Abadi
  • Sharifah Abu Salem>Tak Seindah Mimpi~Tak Semanis Impian~Tiada Lagi Mimpi~Gerimis Di Hati~Masihkah Ada Kasih~Pesona Rindu~Kamasutra
  • Siti Hazneza Abd. Hamid>Cemburu Seorang Perempuan~Mimpi Kita Serupa
  • Siti Rohayah Atan>Trilogi Tiga Wanita~Cinderella~Merentas Kasih~(& Rosie Haslinda Nasir) Romeo & Juliet
  • Siti Rozilah>Putus Sudah Kasih Sayang~...Kuburkanlah Kasihmu
  • Siti Zabeha Ibrahim>Diusik Sayang
  • Sri Diah>Dendam Masrini~Selembut Kasihmu~Suite 1908~Janji Kasih~K.L.Di Mana Suamiku~Selamat Malam Tan Sri~Dosa Malam Pengantin
  • Suhaniza Sulaiman>Belaianmu~Impian Kasih
  • Syamimi Aminollah>Air Mata Kasih~Secebis Kasihmu
  • Wan Normi>Sayangku Aleeya
  • Yusrul Emiza Yusof>Biarkan Bunga Itu Layu
  • Zaharah Muhammad>Maafkanlah Aku
  • Zaifuzaman Ahmad>Dendam Semalam~Rahsia Mimpi~Angkara Saka